Resipi Singgang Daging

Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian. Sis nk share 1 resipi yang lazat dan mudah tapi mungkin ramai di kalangan kita yang masih tak tahu cara betul untuk menyediakannya iaitu singgang daging. Apa tunggu lagi, jom tengok bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara yang diperlukan.

Bahan-bahan:


  • Daging 700 g
  • Lengkuas sebesar ibu jari
  • Halia sebesar ibu jari
  • 5 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 2 sudu ketumbar
  • 1 1/2 sudu lada hitam
  • Asam gelugor 4 keping
  • 100 g kerisik
  • Sedikit air, gula melaka dan garam

Cara-cara;

  1. Hiris daging nipis-nipis sebelum atau selepas direbus (sis prefer rebus dulu sampai empuk bru daging tu dihiris sebab lebih mudah)
  2. Hiris lengkuas, halia, bawang merah dan bawang putih
  3. Tumbuk lada hitam dan ketumbar
  4. Bagi yang rebus daging dahulu sebelum dihiris, boleh la masukkan kembali hirisan daging ke dalam periuk. Kemudian, tambahkan semua yang dah dihiris tu termasuk dengan lada hitam dan ketumbar.
  5. Pastikan air ebusan tu sentiasa menutupi daging. Kalau air hampir kering, tambahkan lagi sedikit air.
  6. Akhir sekali, masukkan kerisik, sedikit nise dan garam secukup rasa.
  7. Dah Siappppp 

Selamat Mencuba!

Comments

Popular Posts