Resipi Kerutuk Daging Kelantan
Hai uolls, harini sis dah pergi menghadap nenek sis (nenek sis kelantanese ye) yang memang pakar masakan-masakan kelantan ni. Tujuan sis tak lain tak bukan adalah untuk mewarisi salah satu resipi beliau yang memang sedapnya tiada terhingga (cewahhh ><) dan sinonim dengan masyarakat kelantan iaitu kerutuk. Jadi kali ini sis akan share resipi kerutuk daging special, get ready dengan pen and kertas yee...
Adik-adik , akak-akak yang baru first time nak mencuba pun boleh sebab resipinya tak complicated dan senang nak ikut. Let's get started
Bahan-bahan:
Adik-adik , akak-akak yang baru first time nak mencuba pun boleh sebab resipinya tak complicated dan senang nak ikut. Let's get started
Bahan-bahan:
- 1 kg daging (direbus dahulu sehingga empuk)
- Santan 1/2 kg
- 5 biji bawang merah + 4 ulas bawang putih + 2 biji bawang besar (semua sekali dikisar)
- 4 sudu lada kering yang telah dikisar
- 5 sudu rempah kerutuk (dikacau bersama sidikit air)
- 2 sudu air asam jawa
- Lengkuas sebesar ibu jari kaki (kata nenek sis) diketuk
- 2 sudu kicap manis
- 200 g kerisik
- Sedikit garam dan gula melaka
Bahan Tumisan:
- 3 kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 5-6 bunga cengkih, 4 buah pelaga (nenek sis panggil 4 beradik bahan-bahan ni 4 beradik)
- 2 sudu hirisan bawang putih, bawang merah, halia
Cara-cara:
- Mulakan dengan menumis bahan-bahan tumisan dahulu. Setelah minyak panas, masukkan 4 beradik tersebut kemudian hirisan bawang putih,merah dan halia untuk ditumis.
- Setelah siap menumis, masukkan lada kering yang dikisar , bawang-bawang yang dikisar, lengkuas, rempah kerutuk dan air asam jawa.
- Masukkan santan, garam, gula melaka, kerisik dan kicap manis.
- Tunggu sehingga gelegak. Kemudian, boleh masukkan daging. Biarkan seketika untuk menggelegak lagi. Waktu ni memang masa yang sangat genting untuk adik kakak kecap sedikit dan tambah bahan-bahan yang kurang.
- *Optional* Bagi yang sukakan ubi kentang, boleh la tambah kentang waktu ni.
- DAH SIAP wuhuuuu
Itu sahaja perkonsian sis kali ini. Sejujurnya sis bukanlah pakar sangat memasak kerutuk ini tetapi sis cuba memanfaatkan platform blog sis untuk berkongsi ilmu nenek sis. Kalau ada terkurang ke terlebih, sis sangat terbuka untuk menerima sebarang komen membina dari uolls untuk memperbaiki penulisan sis. Selamat Mencuba!!
Comments
Post a Comment