Temuduga Skim Latihan Tenaga Pengajar Matrikulasi



Bagi pelajar matrikulasi yang teringin nak jadi guru atau pensyarah tapi tak apply ipg atau terlepas iv ke, mesti dah tahu pasal skim latihan tenaga pengajar matrikulasi kan. Harini saya akan share sikit maklumat tentang SLTP ni bagi adik-adik yang curious and nervous macam mana iv tu nanti. Memang semata-mata pasal temuduga.Syarat kelayakan ke, kursus yang ditawarkan ke adik boleh rujuk laman web rasmi KPM sendiri ye.

  Bermacam-macam soalan mesti bermain di fikiran adik-adik, Susah ke? Berapa lama?  Iv ada berapa bahagian? Walaupun keputusan untuk tahun 2019 belum keluar, tetapi sebagai seorang yang ada pengalaman, Insya Allah saya akan tulis sedetail yang boleh khas untuk adik-adik. ><



1) Ujian psikologi

Ujian psikologi ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

i) Bahagian A (60 soalan)
ii) Bahagian B (40 soalan)

Masa untuk setiap bahagian saya tak berapa ingat walaupun baru je lagi >< , tapi yang pastinya agak singkat sebab kita tak perlu fikir pun jawapan nak tulis. Bulat je pilihan jawapan yang paling hampir dengan kecenderungan kita.

Lepas dah tamat ujian mesti ada keputusan kan. Kalau adik lulus, jangan gembira sangat sebab hampir kesemua calon boleh lulus ujian ni. Kiranya ini baru permulaan la. hehe

2) Temuduga + Ujian Kecergasan ( satu hari yang sama)

Memandangkan kedua-dua ujian ini berlaku serentak dalam satu hari dan memakan masa agak lama kerana jumlah calon yang agak ramai, adik- adik tak perlu masuk ke kelas untuk hari tersebut.
Padi pagi hari, adik-adik akan diminta untuk berkumpul dan mendaftar terlebih dahulu. Kemudian anda semua akan diberi sehelai kertas untuk menulis karangan dalam Bahasa Inggeris. Tempoh diberi hanyalah 20 minit. 

Saya tak pasti adakah adik2 akan dapat soalan yang sama, tapi untuk batch saya, kami kena tulis karangan " If you are selected to be matric lecturer, what is your contribution towards education system / improving the matric system". Waktu ini, semua calon diingatkan untuk mempromosikan diri sebaik mungkin dalam karangan tersebut. Bagi nampak menyerlah dan betul-betul passionate untuk mengajar. 

Bagi adik-adik yang risau kenapa masa 20 minit je?? Mana sempat nak perah otak cari idea pastu nak check grammar lagi. Kan? Haa waktu ni la penting untuk kita ws tanya kawan-kawan, kenalan kita yang duk dekat matrik lain sebab akan ada matrik yang buat ujian UKCG ini lebih awal dari kita. So dapat la soalan bocor sikit-sikit. Bagi yang kena jawab lebih awal tu, buat la research banyak-banyak. Tengok video kat youtube ke. Insya Allah akan membantu. Jangan buat last minute. 

2i) Temuduga

Temuduga akan dijalankan secara berkumpulan. Waktu batch saya, kumpulan dibahagikan mengikut keputusan PSPM 1. Waktu iv ni pulak ada beberapa sections iaitu:

a) Perkenalkan diri briefly
b) Soalan akan ditanya based on essay yang kita tulis
c) Soalan "critical thinking"
d) Perbincangan kumpulan

a) Memperkenalkan diri

Setiap calon akan diminta untuk memperkenalkan diri mengikut senarai nama seringkas mungkin. Tak perlu bagitahu biodata sebab mereka dah ada maklumat kita. Yang paling penting kita kena memperkenalkan diri sebagai bakal pendidik. Bagitahu kenapa nak mengajar, apa nak buat untuk students kita nanti etc.

b) Soalan based on essay

Akan ada salah seorang interviewer yang akan go through essay kita an dia akan cari mana-mana part dalam essay kita yang macam hanging or lack of elaboration. Mungkin kita tak sempat nak tulis ke sebab kesuntukan masa, jadi kita kena huraikan dengan lebih lanjut di samping continuously impress mereka.

c) Soalan critical thinking

Penemuduga akan bagi satu soalan dan setiap calon bebas untuk memberikan pandangan terhadap soalan tersebut. Kiranya tak perlu ikut turutan la. Group saya dapat soalan "Apa yang anda faham tentang long life learning". Ada jugak yang dapat soalan berbeza-beza dalam sesebuah kumpulan . So,pandai-pandailah hampa goreng yang pastinya kena menonjol dan berkeyakinan.

d) Perbincangan berkumpulan

Whiteboard dan marker pen akan disediakan. Kemudian mereka akan bagi soalan dan kita kena berbincang dalam kumpulan sambil tulis point-point penting kat whiteboard. Penemuduga tak akan interfere langsung, mereka akan dengar je kita bercakap. Waktu nilah mereka akan menilai communication skills , sikap bertolak ansur dan rationality kita. Soalan yang kumpulan saya dapat ialah " Pengajaran Abad- 21". Ada jugak yang dapat soalan, " Guru memainkan peranan sebagai ibu bapa dan menggantikan mereka kita anak-anak di sekolah. Berikan 3 peranan guru sebagai ibu bapa.  Kemudian, dia bagi situasi pelajar yang miskin, so apa yang guru patut buat.'

2ii) Ujian Kecergasan

Ujian Kecergasan ni terbahagi kepada beberapa elemen. Nanti markah akan dicampur daripada kesemua bahagian.

a) BMI
b) Jangkaun Melunjur
c) Tekan Tubi ( Pumping)
 d) Ringkuk Tubi ( Sit-up)
e) Beep Test

a) BMI

Setiap calon akan diambil jisim dan ketinggian dan akan ada range la. Maksudnya siapa yang BMI dia normal tu akan ada advantage la. Ini saya sertakan link untuk kira BMI anda. https://www.calculator.com.my/bmi-calculator#.XSFvvuszbIU

b) Jangkauan Melunjur

Jangkauan Melunjur ini rasanya standard lah kan. Mesti semua student pernah dengar and pernah buat sebab ada dalam ujian Segak. Untuk jangkaun melunjur akan ada 3 percubaan dan mereka akan ambil bacaan paling tinggi.

c) Tekan Tubi

Untuk tekan tubi, cuba sebanyak mungkin yang adik-adik mampu. Selagi adik tak stop dan cara adik buat tu betul, kiraan akan diambil. Once adik dah stop, kira habisla, tak ada second chance dah. So, better practice siap-siap kat bilik and belajar cara yang betul.

d) Ringkuk Tubi

Ujian ringkuk tubi ni ada 5 variasi dengan kedudukan tangan yang berbeza bagi setiap variasi. Antara variasi yang ada ialah tangan letak di kepala, atas paha dan silang di dada. Variasi ke-5 tu yang paling susah la tak ingat yang mana satu tapi akan ada beberapa calon tak lepas. Selalunya mereka akan bagi peluang kedua untuk adik buat bagi lepas jugak. Jadi, penting untuk adik tahu kelima-lima variasi (akan ada taklimat a day before) so that badan adik dah biasa.

e) Beep Test

Ini kira test common la dalam ujian kecergasan dan boleh dikatakan PALING MENCABAR!!!hahhaha...macam seram je bunyinya. Saya malas la nak explain beep test ini macam mana, adik boleh tengok kat youtube rasanya lagi mudah faham. Senang cerita, memang memerlukan stamina yang tinggi. Tolong la minum air dulu sebelum buat test so that nanti adik tak kepancitan terlalu awal.><  Calon perempuan kebanyakkannya sampai stage 2+ and paling hebat sampai stage 4 and 5 pun ada. Calon lelaki sampai stage 3,4,5 macam tu la. Buat sehabis baik tapi jangan sampai memaksa diri pulak ye.

Good luck untuk adik-adik yang nak mencuba nasib and tahniah in advance kalau terpilih. =)




Comments

Popular Posts