Bagaimanakah hari raya ditentukan?

Setiap kali nak masuk bulan Ramadhan ataupun Syawal, kita pasti biasa mendengar pengisytiharan pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di tv ataupun di corong-corong radio sebagai panduan umat Islam di seluruh negara selain daripada merujuk kepada kalendar takwim.

Alhamdulillah, hidup sebagai umat Islam pada hari ini di Malaysia sudah banyak dipermudahkan jika nak dibandingkan dengan zaman ibu ayah dan nenek moyang kita.Memandangkan kita sudah pun mempunyai kemudahan sebegini, maka kita tidak perlu susah-susah untuk menunggu dan melihat anak bulan.



Penampakan anak bulan

Ramai orang menyangka bahawa anak bulan dilihat pada waktu malam disebabkan perkataan "bulan" tersebut. Hakikatnya, anda tidak dapat melihat anak bulan pada waktu malam. Anak bulan tiada di langit pada waktu malam. Ia terbit dengan matahari dan terbenam dengan matahari. Yang paling dekat anda boleh lihat anak bulan ialah " Waxing Crescent" sebelum matahari terbenam atau "Waning Crescent" tepat sebelum matahari terbit.




sumber: https://physics.stackexchange.com/questions/1907/why-can-we-see-the-new-moon-at-night

Permulaan puasa dan raya yang berbeza?

 Pernahkah anda terfikir kenapa terdapat negara tertentu yang berpuasa lebih lambat daripada kita tetapi menyambut hari raya lebih awal dari Malaysia? Mengapakah bilangan hari puasa setiap negara adalah tidak seragam pada setiap tahun iaitu 30 hari?

Sebab yang paling mungkin untuk perbezaan pada permulaan puasa dari satu negara ke negara lain adalah perbezaan melihat anak bulan. Berdasarkan ini, tidak mungkin semua umat Islam boleh  memulakan puasa pada masa yang sama, kerana ini bermakna bahawa mungkin sebahagian daripada mereka mula berpuasa sebelum anak  bulan telah dilihat dan bahkan sebelum ia muncul. 

Jika anak bulan telah muncul di sesebuah negara pada hari ke-29 Ramadhan, maka cukup untuk mereka berpuasa hanya 29 hari. Sekiranya anak bulan belum dapat dilihat, Ramadhan akan berlangsung sehingga 30 hari.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
صُوْمُوْا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوْا لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُبِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوْا عِدَّةَ شَعْبَانَ ثَلاَثِيْنَ يَوْمًا
Berpuasalah kalian apabila melihat hilal (anak bulan), dan berbukalah (berhari raya) kalian apabila melihat hilal. Dan jika hilal itu tertutup dari (penglihatan) kalian, maka sempurnakanlah (genapkanlah) bilangan bulan Sya’ban itu 30 hari.” [HR Bukhari dari Abu Hurairah].

3 Amalan berbeza dalam menentukan awal bulan Hijriah
  1. Rukyah (melihat anak bulan) semata-mata.
  2. Hisab Falak semata-mata.
  3. Rukyah dan Hisab dengan menggunakan kriteria Imkanur Rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan (Hilal).

1) Cara Rukyah Hakiki adalah berdasarkan pengakuan saksi yang nampak anak bulan. Cara pengiraan langsung tidak diambil kira. 

 Contoh yang terdekat ialah negara Thailand. Walaupun Malaysia dan Thailand berada dalam zon waktu yang sama,sejak kebelakangan ini, perbezaan tarikh permulaan Ramadhan dan Syawal telah diperhatikan di kedua-dua negara.

Cara Rukyah Hakiki ialah di mana apabila ada mana-mana penduduk telah mengaku menjadi saksi ternampak anak bulan pada hari ke-29 Ramadhan, saksi-saksi itu akan dipersoalkan dan bersumpah dalam Majlis Ithbat untuk mengesahkan tuntutan mereka.

sumber:

http://hrmars.com/hrmars_papers/The_Application_of_Rukyah_and_Hisab_in_Determining_the_Starting_Dates_of_the_Months_of_Ramadhan_and_Syawal_in_Thailand.pdf

http://mufti.penang.gov.my/index.php/2014-11-12-02-48-39/penerbitan/buku/186-buku-q-a-hisab-rukyah-hilal/file


2) Cara Hisab Hakiki pula melibatkan pengiraan semata-mata tanpa perlu melihat anak bulan. Jika hasil pengiraan menunjukkan anak bulan itu wujud, maka keesokannya adalah 1hb.

3) Cara Rukyah dan Hisab adalah menjadi pilihan untuk diamalkan di Malaysia kerana ia lebih hampir dengan syarak. Ia juga digunapakai di negara Brunei, Indonesia dan Singapura. Kaedah Rukyah dan Hisab berdasarkan Imkanur Rukyah (kebolehnampakan) ialah penentuan masuknya awal bulan apabila kedudukan hilal ketika matahari terbenam pada akhir bulan Qamariah berada dalam keadaan memungkinkan kenampakannya.

Sebekum matahari terbenam pada 29 haribulan hijriah dan melalui perkiraan kewujudan hilal adalah positif serta dapat memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

1) Ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang dari dan jarak lengkung hilal-matahari tidak kurang dari 3° atau;
2) Ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam setelah ijtimak berlaku.
    
sumber: 

https://muftiwp.gov.my/ms/falak/bayan-al-falak/2573-bayan-al-falak-siri-ke-3-kepentingan-takwim-hijri-dalam-penentuan-hukum-hakam-dan-pentadbiran-hal-ehwal-islam-di-malaysia        

http://www.islam.gov.my/media-jakim/kenyataan-media/256-kenyataan-media-kp-jakim-berkenaan-kadar-penentuan-awal-syawal-1431h-di-malaysia 


Disclaimer: Penulis bukanlah seorang pelajar jurusan astronomi. Penulis mula  mencari maklumat apabila hairan saudaranya yang tinggal di sebuah negara di Eropah menyambut hari raya terlebih dahulu dari Malaysia lalu mula mengumpul semua informasi sebagai perkongsian untuk masyarakat Maklumat yang diambil adalah daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai dari internet. Segala komen dan teguran adalah sangat dialu-alukan agar penambahbaikan boleh dilakukan.




Comments

Popular Posts