Posto posto~~ How is life in matriculation?
Matriculation’s
life
Ada orang
cakap matrik la tempat belajar paling best, ada orang berpendapat matrik ni
susah giler,yelah belajar silibus 2 tahun compact jadi 2 sem which is 11 bulan.
Apa-apa pun, pendapat ni depend on experience masing-masing macam mana diorang
jalani kehidupan kat matrik. Well, in this entry, sis akan share sedikit pengalaman
dan 3 perkara penting yang adik-adik hanya akan dapat kat matrik sahaja. Pengalaman
tu dalam konteks pengajian satu tahun(pst) modul 1 sebab sis enroll dalam
course ni. Tapi actually, lifestyle semua student lebih kurang sama sahaja whether adik-adik ambik modul 1,2,3 or akaun.><
For those yang still tak tahu, jadual waktu
pembelajaran kat matrik bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 5
petang. Gap sejam ada diantara pukul 1-2 untuk solat dan makan. Tapi don’t worry
sebab jadual waktu setiap hari tak fix. Maybe adik-adik akan ada lagi gap in
between contohnya pukul 10-11.So, for students yang rajin sikit selalunya
diorang akan stay dekat library untuk study or buat homework. Kalau adik-adik nak
balik bilik kejap pun x apa nak baring2 ke. Sometimes maybe jugak kelas adik
habis awal which is sampai pukul 4 petang sahaja.
Waktu hujung
minggu pulak adik-adik memang ada free time and waktu ni,memang terpulang
kepada student sendiri macam mana diorang nak manage time. Library memang akan
bukak waktu weekend untuk students yang tak tahan study dekat bilik,asyik nak
tidur je kan hihihi . One more thing, satu fakta penting yang adik-adik kena
tahu, library kat matrik memang sangat selesa untuk study, dilengkapi dengan
penghawa dingin untuk menjamin persekitaran yang kondusif.
Untuk mode
pembelajaran,ada 3 jenis which is lecture, tutorial dan amali. Waktu lecture,
adik akan ada kelas dalam lecture hall yang menempatkan satu kuliah dalam lebih
kurang 100 orang. Waktu tutorial pulak, adik akan belajar sebijik macam kat
sekolah dulu di mana lecturer akan mengajar kat depan. Satu kelas pula
selalunya ada dalam lebih kurang 20 orang. Amali macam biasa kat dalam lab. Apa yang sis boleh nasihatkan ialah, tumpukan
sepenuh perhatian sewaktu pembelajaran sebab adik memang akan kesuntukan masa
bila adik lengah-lengahkan soalan yang adik tidak faham. Jadilah rapat dengan
lecturer dan rajin-rajinkan diri sentiasa consult dengan lecturer dekat
pentadbiran setiap kali adik tak faham sesuatu topik.
So here are
3 precious things yang adik hanya akan dapat dekat matrik sahaja:
1. Kawan
sejati.
Kawan sejati
ni boleh jadi classmate, roommate atau any acquaintance yang adik dapat from
joining any club. Kenapa sis cakap kalau duduk matrik ni boleh dapat kawan
sejati? Hal ini disebabkan oleh kehidupan dekat matric ni sangat hectic di mana
in order to survive, adik memang perlukan kawan yang sama-sama menbantu susah
senang untuk memudahkan kehidupan seharian. Kawan ni lah yang nak tolong
orderkan makanan bila kelas habis lambat, kawan ni lah yang akan sama-sama
tolong siapkan assignment,kawan ni jugaklah yang nanti akan sama-sama buat
revision before exam. Kalau adik dah biasa forever alone tak boleh survive ke?
Bukan tak boleh, tapi susah sikit and life adik-adik tentunya takkan lebih
menarik tanpa kehadiran kawan-kawan sejati.
2. Persediaan
untuk kehidupan di universiti
Matrik ni
sebenarnya macam perantara di antara sekolah dan universiti. Sebab bagi yang
tak pernah tinggal dekat asrama, matrik lah cara terbaik untuk biasakan
adik-adik berjauhan dari keluarga. Maklumlah, adik-adik yang membaca ni semua
bakal graduan University Oxford, Harvard dan sebagainya. Semua ni nanti
Insya-Allah akan fly jauh-jauh.Hahaha >< Kalau tak, takkanlah adik rajin
nak baca entry sis ni kan. Selain itu, matrik ini platform terbaik untuk adik-adik
mula belajar untuk hidup berdikari dan menguruskan diri dengan cemerlang.
Adik-adik tak boleh kekalkan sikap asyik tunggu cikgu suap semua benda. So,
belajar sikit-sikit macam mana nak cari reference untuk siapkan assignment,
buat lab report dan uruskan sesuatu event.
3. Peluang
terbaik untuk mengenali budaya dan bahasa kaum lain serta loghat negeri lain
Students di
matrik terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia seperti Melayu, Cina, India,peribumi
Sabah Sarawak dan Siamese. Students ni pulak bukan datang dari satu negeri
sahaja tetapi dari 14 buah negeri di Malaysia. Jadi, dalam sesuatu
praktikum(kelas) atau kuliah, kita dapat perhatikan kepelbagaian budaya dan
cara komunikasi antara students. Oleh itu, bolehlah kita memperbaiki
communication skill serta mula berjinak-jinak untuk belajar bahasa yang bukan
mother tongue kita dan juga dialek negeri lain. Waktu ini lah kita akan mula
merasai nimat hidup dengan kepelbagaian kaum dan mula menghargai dan meraikan
setiap perbezaan antara setiap jenis kaum di Malaysia. Barulah boleh jadi a
better Malaysian!
Okay, di sini sahaja entry sis untuk kali ni. Harap adik-adik dapat manfaat. Kalau ada apa-apa soalan boleh tanya sis di ruangan komen, Insya allah sis rajin nak reply ><
Akak taknak share kehidupan akak kat sekolah menengah ke?
ReplyDeleteklau ad request sya buat la.. awak nk bca ke?
DeleteHai akak XD
ReplyDeletehaiiiii
DeleteShare kehidupan sek men pleasee
ReplyDelete